Friday, November 5, 2010

cornetto

sape dulu kecik2 suke makan ais krim cornetto?
haha..
meh sini ..wa nak cite cket

cornetto ialah sejenis makanan berais yg sangat berkrim dan disukai ramai.
ianya hanya boleh dimakan pada setiap hujung bulan dimana pada ketika itu ayah saya mendapat gaji.
jika tidak,jangan haraplah untuk merasa aiskrim terbest pada waktu itu.


selain itu,terdapat juga aiskrim dari jenis buatan mak.
ianya dibuat dengan memasukkan air milo yg tidak habis diminum ke dalam plastik panjang dan diikat hujungnya.
ia kemudiannya dimasukkan ke dalam peti ais selama satu malam.
dan pada keesokan paginya,ia sudah siap untuk dimakan begitu sahaja tanpa perlu menuggu ketibaan hujung bulan.

haha..begitulah serba sedikit pengalaman wa semasa kecil dahulu bersama beliau(aisk krim).

so,
kepada sesiapa yang ingin mengingat kembali kenangan bersama aiskrim cornetto itu,bolehlah berbuat demikian dengan menyertai peraduan yang disediakan oleh walls untuk kite semua kat sini.

hadiah mahal2 wo wa cakap lu.x caya try usha

Wednesday, November 3, 2010

who is your dream girl?

hari ini..
ada seseorang tegur aku
(tipu je..padahal x de sape tegur pon.saje nk sedapkan cerite)

ko nk carik awek camane?
direct aku jwb..muke lawa

lagi?
lawa

lagi?erm..selaen lawa?
cantik,comel,cun dan...lawa.fullstop!

after that baru kite tgok part2 yg laen spt saiz,negeri,perangai, n so on.
selagi x lepas fasa pertama (lawa sume bagai tu), part laen x akan dilihat.
ikut tertib

untuk pengetahuan semua kaum hawa..
ini adalah hakikat sebenar tentang seorang bernama lelaki.bukan jantan.lelaki!


haha..lepas da x dpt yg lawa ,n sedar saham x de ...barulah mereka akan tidak mengikut tertib!

Tuesday, November 2, 2010

perasaan tidak bersalah

aku bangun  dan melihat semuanya kelihatan  ok
pertama kali dalam hidup aku dan sekarang ianya kelihatan hebat
perlahan-lahan aku melihat sekeliling dan merasa sangat kagum
aku berfikir, tentang hal kecil yang membuat hidup ini begitu hebat

aku tidak akan mengubah satu pun tentang hal itu
ini adalah perasaan terbaik

perasaan tidak bersalah ini menakjubkan
aku harap ia akan kekal

saat ini sangat sempurna
tolong jangan pergi
aku perlukan kau sekarang 
dan aku akan berpegang pada itu
jangan biarkan ia berlalu begitu saja

aku jumpa tempat yang begitu aman, tiada satupun air mata
pertama kali dalam hidup aku dan sekarang ia sangat jelas
aku rasa tenang, aku sangat senang di sini
ia sangat kuat dan sekarang aku membiarkan diriku tulus

aku tidak akan mengubah tentang hal itu
ini adalah perasaan terbaik

ini adalah keadaan kebahagiaan, kau berfikir kau bermimpi
kebahagiaan di dalam yang sedang kau rasa
sangat indah itu membuat kau ingin menangis
ini adalah keadaan kebahagiaan, kau berfikir kau bermimpi
kebahagiaan di dalam yang kau rasa
ia sangat indah dan membuatkan  kau ingin menangis


perasaan tidak bersalah ini menakjubkan
membuat kau ingin menangis
perasaan tidak bersalah ini sangat cemerlang
tolong jangan pergi
kerana aku butuh kau sekarang
dan aku akan berpegang pada itu
jangan kau biarkan ia berlalu begitu saja

apple republica part II

erm..bosan
masa bnyk..tp x tau nk watpe
terasa ingin menulis semula
menulis cerite baru.

nantikan..

kemunculan semula apple republica part 2!